31 December 2015

Penempatan Latihan Pesakit Luar Pelajar Dietetik USM Tahun 4, 2015

Seramai 30 orang pelajar Dietetik Tahun 4, Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Malaysia telah menjalani kursus GTD 406 ( Latihan Pesakit Luar II) selama 14 minggu, iaitu pada 7 September hingga 17 Disember 2015 di Klinik Dietetik Pesakit Luar, Hospital USM.

Seramai 4 orang Pegawai Dietetik Hospital USM telah terlibat secara langsung sebagai Pembantu Pengajar Klinikal (Dietetik) dalam memberi tunjuk ajar dan menyelia latihan tersebut.