9 December 2014

PENEMPATAN LAWATAN PROFESIONAL PELAJAR DIPLOMA KEJURURAWATAN PPSK TAHUN 1 SEMESTER 1 DI HUSM

Hampir menjadi rutin tahunan, Unit Pemakanan dan Dietetik akan menerima pelajar Diploma Kejururawat Pusat Pengajian Sains Kesihatan untuk Penempatan Lawatan Profesional di HUSM. Selain UPD, pelajar ini juga turut melawat ke Unit Dobi, Unit Rekod Perubatan dan juga Unit Mortuari. Pada kali ini seramai 56 orang pelajar terlibat dan dibahagikan kepada 4 kumpulan. sebelum dibawa melawat sekitar kawasan Penyediaan dan Sajian UPD, pelajar terlebih dahulu diberikan taklimat pembukaan kepada setiap kumpulan yang dijadualkan pada 2 Dis, 9 Dis, 16 Dis dan 23 Dis 2014.

Sesi taklimat kepada pelajar kumpulan pertama pada 2 Disember 2014.

8 December 2014

28 SEPTEMBER 2014 ~ AUDIT DALAMAN 5S KALI KE-2


Audit ke-2 telah berlangsung  28 September 2014 di Unit Pemakanan dan Dietetik dan telah diaudit oleh auditor berpengalaman Pn Maznah Ismail dan Pn Ruhaiza Alias. Alhamdulillah pada kali ini, Unit Pemakanan dan Dietetik di dalam Subzon Pemakanan  telah sekali lagi mendapat penghargaan kerana mendapat markah melebihi 90%. Tahniah dan syabas kepada semua staf yang terlibat!


6 JULAI - 28 OGOS 2014~ LATIHAN SANGKUTAN PERKHIDMATAN KLINIKAL PEGAWAI DIETETIK UniSZA

Kami telah menerima dua (2) orang Pegawai Dietetik dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) UniSZA iaitu
                  Pn Nurulhidayah Nazri
                  Cik Nur Shazleen Mohd Zaini
menjalani Latihan Sangkutan Perkhidmatan Klinikal selama hampir 8 minggu. Latihan ini bertujuan meningkatkan dan memantapkan kemahiran dietetik klinikal kepada Pegawai Dietetik UniSZA yang dilantik sebagai Instruktur Klinikal (CI) bagi mengendalikan pelajar yang terlibat dalam Latihan Klinikal Ijazah Sarjana Muda Dietetik (Kepujian) UniSZA.

Taklimat oleh Timbalan Pengarah, Tn Hj Zulkifli Awang pada hari pertama melaporkan diri di UPD
Sesi Audit Dietetik  untuk mantapkan latihan klinikal di HUSM

7 December 2014

26 JUN 2014~ MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN LOKER TERBAIK 2014

Sesuai dengan Aktiviti Amalan Persekitaran Berkualiti QE/5S,
 Unit Pemakanan dan Dietetik telah menganjurkan PERTANDINGAN LOKER TERBAIK 2014. Pertandingan ini terbuka kepada semua staf Pembantu Penyediaan Makanan dan Pembantu Operasi. Peserta diberi tempoh bagi mempersiapkan loker masing-masing bermula 11 - 17 Jun 2014 dan panel-panel hakim yang terdiri daripada Pegawai Dietetik telah dilantik untuk mengadili pertandingan ini pada minggu berikutnya.
Antara kriteria yang diambil kira adalah:
1. Kekemasan
2. Kreativiti
3. Sentiasa Amal
4. Menggunakan bahan kitar semula (Markah Bonus)

5 hadiah utama serta 10 hadiah saguhati telah disediakan.

JOHAN: Mohd Abd Syukur Ismail


                                                          
NAIB JOHAN: Siti Fatimah Draman






TEMPAT KE-3: Azlina Che Soh



TEMPAT KE-4: Fatimah Ismail





TEMPAT KE-5: Harnani Ab Halim



Sekitar Majlis Penyampaian Hadiah....

18 JUN 2014 dan 20 OGOS 2014~SEMINAR PENINGKATAN KUALITI MAKANAN 2014



Seminar anjuran Unit Pemakanan dan Dietetik ini telah diadakan dalam 2 siri bagi menyasarkan 100% penglibatan staf Penolong Pegawai Penyediaan Makanan  dan juga staf Pembantu Penyediaan Makanan.
Objekti seminar ini ialah:
1. menyegar, meningkat serta memperluaskan pengetahuan serta tahap kompetensi khusus staf
2. memberi pendedahan khusus untuk membantu penyediaan makanan cara-cara untuk meningkatkan kualiti  masakan agar dapat dipraktikkan ketika menjalankan tugas.

Antara kandungan latihan adalah Kualiti Masakan, Penyediaan Masakan Terapeutik, Sistem Kualiti MS ISO 9001:2008 serta Akreditasi Hospital dan Makanan Halal dan Amalan Pemakanan Menurut Islam yang disampaikan oleh Pegawai Dietetik UPD serta Timbalan Pengarah Pusat Islam Kampus Kesihatan USM.


 



1 September 2014

LATIHAN PRAKTIKAL PERKHIDMATAN MAKANAN PELAJAR UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT)

Bermula 17 Febuari 2014 sehingga 6 Jun 2014 (15 Minggu) seramai tiga (3) orang pelajar Sarjana Muda Sains Makanan (Perkhidmatan Makanan dan Pemakanan) dari Universti Malaysia Terengganu (UMT)telah menjalani latihan praktikal di Unit Pemakanan dan Dietetik, HUSM. Latihan praktikal ini merangkupi penempatan di Bahagian Sajian, Bahagian Penyediaan Makanan, Klinik Dietetik dan juga Pejabat Am. Pelajar yang terlibat ialah:


                          1. Nur Amalina bt. Mohd. Sudin
                          2. Siti Aisah bt. Ahmad 
                          3. Wan Azewanis bt. Wan Mohamed Azemi












26 MEI 2014~ AUDIT DALAMAN 5S

Seiringan  Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, di Unit Pemakanan dan Dietetik sedang berjalan satu sesi Audit Dalaman 5S bagi memastikan  amalan-amalan 5S sentiasa dipatuhi.  2 orang auditor yang ditugaskan ialah En. Muhamad Nazri b. Mustapha dan diketuai oleh En. Mohamad Ezany Yusoff.  Sepanjang sesi ini, auditor diringi oleh Pn. Siti Hasmah bt. Mahyiddin, Pn. Maisarah Hussin, Pn. Fatimah Wati bt. Hj. Dahlan dan juga Pn. Kamarul Azmanie bt. Kamaruzzaman.

GAMBAR SEKITAR SESI AUDIT DALAMAN 5S DI UPD




 

26 MEI 2014~ MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) 2014

Alhamdulillah, pada tahun ini seramai 7 orang staf dari Unit Pemakanan dan Dietetik telah dipilih sebagai penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013 yang diadakan di Dewan Utama Kampus Kesihatan USM Kubang Kerian, Kelantan pada 26 Mei 2014. Majlis disempurnakan oleh YBhg. Prof. Dato' Dr Ahmad Shukri b Mustapa Kamal, TNC Hal Ehwal (Akademik & Antarabangsa) USM.

Mereka yang bertuah itu adalah:

1. Wan Rimei Salha bt Wan Abdul Rani ( Pegawai Dietetik U44 )
2. Mohd Khairul b Zakaria ( Penolong Pegawai Penyediaan Makanan C27 )
3. Ahmad Zaiyed Al Rafik b Ismail ( Pembantu Penyediaan Makanan N17 )
4. Nik Ab Rahman b Nik Ab Salam ( Pembantu Penyediaan Makanan N17 )
5. Mohd Firdaus b Ra'aim ( Pembantu Operasi N11 )
6. Nur Liyana bt Anuar ( Pembantu Operasi N11 )
7. Wan Noor Zakiah bt Wan Yusoff ( Pembantu Operasi N11 )

Sekitar Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2014



    TAHNIAH !!!

22 MEI 2014~ JAMUAN MAKAN MALAM HARI KELUARGA UPD,HUSM


Alhamdulillah, dapat dilaksanakan dengan jayanya.  Kali ini Jamuan Hari Keluarga Unit Pemakanan dan Dietetik telah diadakan di Dewan Kijang 2, Hotel Perdana, Kota Bharu.

Seramai 63 orang staf telah hadir dengan membawa pasangan/ahli keluarga masing-masing yang membawa jumlah kepada 83 orang.

PERSEDIAAN  UNTUK CABUTAN BERTUAH
MENUNGGU KETIBAAN STAF-STAF YANG DIRAIKAN
Dari kiri: TN HJ SHAM, TN HJ ZUL & ISTERI dan PN RUHANI
                                                   

 
Dalam majlis yang begitu meriah ini turut meraikan 2 orang staf yang telah berpindah tempat kerja iaitu:

1.       Mohd. Syamsulrizal b. Ramli                       
2.       Sabarina Setapha

Kehilangan pekerja yang dikasihi telah digantikan dengan 2 orang staf berwibawa iaitu            Sudiana Akma bt. Ab. Ghani dari Jabatan Patologi dan Nasron b. Husin dari Unit Rekod Perubatan.

Majlis turut meraikan persaraan 3 orang staf yang telah banyak menabur jasa di Hospital USM ini khasnya di Unit Pemakanan dan Dietetik iaitu:



1.  En Zakriah Hj Wan Ahmad
      Pembantu Penyediaan Makanan N17
      Tempoh Perkhidmatan: 
      1 Julai 1985 - 2 Jan 2014







2.        Pn. Ruhani Halim
     Ketua Penolong Pengarah U48
     ( Dietetik  Klinikal dan Klinik Dietetik)
     Tempoh Perkhidmatan: 
     1983 -  29 Mei 2014



 
3. Tn Hj. Hisham b. Abdul Ghani
    Penolong Pegawai Penyeliaan Makanan C32        KUP
    Tempoh Perkhidmatan: 
    2 Jun1983- 1 Julai 2014 

 





16 APRIL 2014~ AUDIT DALAMAN ISO 9001:2008

 
Auditor:
Pn. Chik Hussin (Ketua)
Tuan Mohd. Norazli Tuan Othman
Pn. Khairiah Che Alwi
Pn. Aziah Abu Bakar

Bertujuan:
·         Menilai kepatuhan Sistem Pengurusan Q.
Hospital Universiti Sains Malaysia terhadap keperluan-keperluan `MS ISO 9001:2008 Serta Perancangan’ kualiti yang telah ditetapkan.

·         Mengenalpasti peluang-peluang penambahbaikan yang diperlukan.

23 APRIL & 14 MEI 2014~ SEMINAR KUALITI PERKHIDMATAN SAJIAN SIRI 1 DAN SIRI 2


Seminar ini bermatlamat untuk
1.       Menyegar, meningkat serta memperluaskan pengetahuan, tahap kekerapan dan motivasi staf.

2.       Mendedahkan staf kepada isu-isu terkini yang berkaitan perkhidmatan sajian serta meningkatkan semangat kerjasama dalam kalangan staf.

Seminar ini diadakan dalam 2 siri yang membolehkan 100% staf Penolong Pegawai Penyediaan Makanan, Pembantu Penyediaan Makanan dan Pembantu Operasi (Sajian) menghadirinya.

Antara topik yang dibentangkan ialah:

i.                     Kualiti dalam perkhidmatan makanan.
ii.                   Jaminan kualiti dalam proses penyediaan makanan.
iii.                  Mengihsankan rutin harian, menterjemahkan sebuah impian.
iv.                 Keselamatan di tempat kerja.
v.                   Kepuasan  pelanggan sebagai petunjuk prestasi staf.
vi.                 Komunikasi berkesan – Interaksi Sihat Dalam Kalangan Staf.

  

22 May 2014

LATIHAN PRAKTIKAL PELAJAR USM....

Sekali lagi Unit Pemakanan dan Dietetik telah menerima 4 orang pelajar dari Program Dietetik dari Pusat Pengajian Sains Kesihatan USM untuk menjalani Latihan Dietetik Pesakit Dalam dan Latihan Dietetik Unit Khas. Pelajar tersebut dibahagikan kepada 2 kumpulan dan diberi jadual pusingan merangkumi keseluruhan displin di HUSM antaranya Medikal, Surgeri Am, O&G, Unit Kebakaran, Unit kawalan Rapi(ICU) dan lain-lain.

Semua Pegawai Dietetik di HUSM seramai 8 orang dilantik sebagai Pembantu Pengajar Klinikal(Dietetik),USM sepanjang 10 minggu iaitu dari 16 Feb 2014 hingga 24 April 2014.

Dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu : 

                               Kumpulan A                     Kumpulan B
                               Badrul Naim                      Lau Yew Seng                                      
                               Helen                                 Nur Munirah                                       


DARI KIRI: BADRUL, LAU, HELEN & NUR MUNIRAH

2 JAN 2014~ SALAM PERSARAAN EN ZAKRIAH HJ WAN AHMAD

Unit Pemakanan dan Dietetik membuka tirai Tahun Baharu 2014 dengan persaraan seorang staf yang setia berkhidmat di UPD sebagai Tukang Masak yang berpengalaman selama 29 tahun sejak 1 Julai 1985 sehingga 2 Jan 2014. Beliau yang dilahirkan pada 7 Julai 1963, berasal dari Besut, Terengganu dikenali sebagai Pok Ya atau nama penuh beliau Zakriah b Hj Wan Ahmad.

Seluruh staf Unit Pemakanan dan Dietetik amat menghargai jasa dan khidmat bakti yang dicurahkan. Ribuan terima kasih atas perkhidmatan beliau selama ini dan semoga beliau berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi nanti...


TEKUN MENDENGAR UCAPAN TERAKHIR

SEKITAR MAJLIS PERSARAAN DI UPD




HADIAH TANDA KENANGAN YANG DISAMPAIKAN OLEH TN HJ ZULKIFLI AWANG, TIMBALAN PENGARAH UNIT PEMAKANAN DAN DIETETIK


DARI KIRI: PN FATIMAH WATI, EN ZAKRIAH & PN SITI HASMAH

26 JAN 2014 ~ UPD, HUSM TERUS MENDAPAT KEPERCAYAAN DARI UNISZA

        Bermula 26 Jan 2014 sehingga 6 Mac 2014,  2 orang pelajar dari Ijazah Sarjana Muda Dietetik, Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan Universiti Sultan Zainal Abidin(UniSZA) telah menjalani Latihan Praktikal Pesakit Dalam di Unit Pemakanan dan Dietetik, HUSM selama 6 minggu.
        Semua pegawai Dietetik HUSM yang terlibat mendapat lantikkan sebagai Penyelia Klinikal (Local Preseptor) Program Ijazah Saujana Muda Dietetik(Kepujian) bagi Semester II sesi 2013/2014 oleh Dekan Fakulti. Dua orang pelajar tersebut adalah: 
                                                              - Syazwani Nasuha
                                                              - Nor Umaira

SYAZWANI NASUHA & NOR UMAIRA