14 December 2013

MAKLUMAN





  1. Audit Recertification  ISO 9001: 2008 telah diadakan pada 25 September 2013 di UPP dan tiada apa-apa NCR  atau pemerhatian
  2. Markah Audit Dalaman 5S untuk subzon Unit Pemakanan dan Dietetik 1/2008 meningkat berbanding sebelum ini
  3. Markah Audit Dalaman 5S kali ini 2/2013 yang diadakan pada 14 Oktober 2013 meningkat kepada 89.8%.
  4. Audit 5S oleh MPC pula telah diadakan pada 18-29 November baru-baru ini.

PENEMPATAN PELAJAR PROGRAM BACELOR SAINS (DIETETIK), UPM UNTUK LATIHAN PROFESIONAL, DIATETIK (PEMAKANAN KLINIKAL PESAKIT DALAM WAD)





 Bermula pada 9hb September 2013 sehingga 27hb Disember 2013, pihak UPD menerima sejumlah 4 orang pelajar untuk menjalankan latihan professional dietetik. Perjalanan latihan ini berlangsung lebih kurang  18 minggu dan dipecahkan kepada dua pusingan. Setiap pusingan melibatkan dua orang pelajar. Dua orang pelajar pada pusingan pertama (9 September 2013- 1 November 2013) ialah Nurumairah bt Hafitz dan Norasmihan bt Endot. Dan pada 6 November 2013- 27 Disember 2013 iaitu pusingan kedua melibatkan pelajar bernama Choo Catherine dan Nur Adilah Shuhada.

  Proses pembelajaran adalah latihan praktikal kepada para pelajar. Antara pegawai dietetik yang terlibat ialah Puan Nor Syarahani Jusoh, Nur Hajra Mohd Makhatar, Puan Khairun Nisah Ibrahim dan Puan Kamarul Azmani Kamaruzaman yang melibatkan disiplin seperti  Surgikal Am, Medikal, Surgeri HDU, dan Paediatrik.


 
PELAJAR YANG TERLIBAT DALAM PUSINGAN PERTAMA
NURUMAIRAH BT HAFITZ DAN NORASMIHAN BT ENDOT


 
PELAJAR YANG TERLIBAT DALAM PUSINGAN KEDUA
CHOO CATHERINE DAN NUR ADILAH SHUHADA

JAMUAN RAYA KELUARGA UPD 2013


  Alhamdulillah, pada tahun ini tradisi tahunan bagi mengeratkan hubungan antara staf-staf UPD dapat diteruskan melalui Jamuan Raya Keluarga UPD 2013 pada 24 Ogos 2013, Sabtu bertempat di ruang Pejabat Unit Pemakanan dan Dietetik.

  Kali ini seramai 95 orang staf UPD mengambil bahagian. Suasana menjadi meriah dengan kehadiran staf-staf yang ramai. Program ini bertujuan untuk menraikan Hari Keluarga disamping mengeratkan hubunga silaturrahim sesama staf dan pegawai.

  Pelbagai juadah dihidangkan. Cabutan bertuah disediakan dan semua staf layak membawa pulang hadiah cabutan bertuah masing-masing.



 
persediaan sebelum jamuan
hadiah-hadiah yang disediakan untuk para staf





staf sedang menjamu selera





          suasana semasa jamuan

















JAMUAN HARI KELUARGA OLEH PIHAK UPD


LAWATAN KERJA UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA (UIA) KE UPD, HOSPITAL USM



   
 Tanggal 23 Jun 2013, bermula pada jam 8.30 am sehingga jam 11.30 am UPD telah menerima lawatan kerja dari jabatan Facilities, Food And Services, Islamic University Malaysia terdiri daripada seramai 12 orang staf. 

   Tujuan lawatan tersebut adalah untuk berkongsi pengalaman dalam pengendalian urusan pentadbiran dalam penyediaan makanan pesakit. Suatu objektif dijalankan dalam mendalami dan memberi lebih pendedahan kepada pengunjung dalam penyediaan makanan disamping mengeratkan hubungan silaturrahim sesama jabatan.

TAKLIMAT YANG SEDANG DIBERIKAN OLEH TIMBALAN PENGARAH



   Para pengunjung disambut ramah oleh pihak kami, staf-staf UPD dan diberi taklimat terlebih dahulu sebagai pembuka bicara. Taklimat diberikan oleh Timbalan Pengarah UPD, Tn Haji Zulkifli Awang di bilik operasi UPD. Selesai taklimat ringkas, pengunjung diiringi oleh Pn Wan Rimei Salha Wan Abdul Rani dan Pn Nor Asiah Ali.




  Lawatan dilakukan di kawasan operasi penyediaan dan penyajian UPD. Disini, para pengunjung didedahkan secara langsung mengenai proses penyediaan makanan dan berkonsepkan keterbukaan. Sebarang persoalan dijawab dengan teliti, padat dan ringkas.
 Majlis ini bersurai kira-kira ham 11.30 am. Tetamu disediakan jamuan ringan.

BENGKEL PEMANTAPAN PERKHIDMATAN SAJIAN 2013


  Pada tahun ini Bengkel Pemantapan Sajian 2013 telah diadakan pada 10 April 2013 dan 10 Jun 2013 bertempat di Bilik Taklimat 1, Blok Pembelajaran dan Sumber Pelajar, PPSP. Bengkel ini berlangsung selama satu hari dan melibatkan hampir keseluruhan staf Perkhidmatan Sajian Unit Pemakanan dan Dietetik.

  Bengkel ini bermaklamat untuk:
  1. Meningkatkan dan meluaskan pengetahuan, tahap kecekapan, serta menanam semangat kerjasama dalam kalangan kakitangan
  2. Memastikan aktiviti-aktivit tugas dapat diurus dan dilaksanakan dengan menepati keperluan bidang unit
  3. Mendedahkan staf pada isu-isu terkini yang berkaitan dengan perkhidmatan sajian.

  Antara impak latihan yang diharapkan ialah:
  1. Mampu mewujudkan jaringan kerja, komunikasi berkesan antara penyelia dan staf, staf dan pesakit 
  2. Meningkatkan keupayaan mengubah sikap staf kearah positif, menerima dan melakukan perubahan
  3. Meningkatkan mutu peningkatan
  4. Meningkatkan kesedaran untuk mengaplikasikan teori kepada praktikal terutama aspek kesihatan

  Topik-topik yang disampaikan ialah
  1. Kualiti Sistem Perkhidmatan Sajian (Tn Hj Zulkifli Awang)
  2. Ketrampilan dan Keperibadian Staf dalam Perkhidmatan (Pn Nor Asiah Ali)
  3. Pengawalan Kualiti, Keselamatan dan Penjimatan Dalam Penyediaan/ Penyajian Makanan (Pn Wan Rinei Salha Wan Abdul Rani)
  4. Keperluan Penjagaan Kesihatan Staf (Pn Nor Syaharani Jusoh)
 
LATIHAN STAF
10 APRIL 2013



LATIHAN STAF
10 JUN 2013


 ANTARA AKTIVITI YANG DIJALANKAN SEPANJANG BENGKEL













































LATIHAN KLINIKAL BAGI PELAJAR DIETETIK KULLIYYAH SAINS KESIHATAN BERSEKUTU, UNIVERSITY ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIAM)


 Latihan ini bermula pada 17 Mac 2013 sehingga 3 May 2013, pihak UPD menerima seramai 2 orang pelajar tahun 4 dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) untuk menjalankan latihan praktikal di Jabatan Dietetik dan Sajian, Hospital Universiti Malaysia Kelantan.

 Latihan ini mengambil masa selama 7 minggu dan dua orang pelajar ini menjalani latihan dietetik klinikal ( klinikal rotation). Disiplin yang dijalankan terbahagi kepada empat iaitu Medikal campur Surgeri Am, Paediatrik campur 0&G, Surgeri HDU campur Burn Unit dan ICU campur CCU. setiap disiplin disediakan dua orang penyelia. Antaranya ialah Cik Hajra, Pn Nisah, Pn Kamarul Azmanie, Pn Ruqayyah, Pn Syarahani, Pn Rimei, Pn Ruhani dan Pn Siti Azima.


  Proses pembelajaran adalah latihan praktikal kepada para pelajar. Dua orang pelajar yang terlibat ialah Safina bt Samsudin dan Nur Afifah' Amalina bt Mohd Yusof. Latihan ini bertujuan untuk melengkapkan kemahiran para pelajar dalam kemahiran dietetik klinikal untuk pesakit dalam yang merangkumi pelbagai disiplin perubatan disamping memberikan suasana bekerja kepada pelajar.




DUA ORANG PELAJAR UIAM YANG TERLIBAT
NUR AFIFAH' DAN SAFINA


PENEMPATAN LATIHAN DIETETIK V BAGI PELAJAR PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA DIETETIK (KEPUJIAN) UniSZA


  Bermula dari 3 Mac 2013 sehingga 4 April 2013, UPD telah menerima 2 orang pelajar dari UniSZA untuk menjalankan latihan dietetik V. Dua orang pelajar ini dari program Ijazah Sarjana Muda Dietetik (Kepujian) UniSZA. Mereka merupakan pelajar tahun akhir yang perlu diberikan pendedahan dengan lebih mendalam disamping memenuhi keperluan kurikulum program Ijazah Sarjana Muda Dietetik. Mereka menjalani latihan dietetik klinikal dan unit khusus.
 
Perjalanan latihan ini berlangsung lebih kurang  5 minggu. Pelajar didedahkan kepada empat disiplin, iaitu Medikal dan Surgeri Am, yang diselia oleh Cik Hajra dan Pn Nisah. Disiplin Paediatrik dan O&G diselia oleh Pn Kamarul Azmanie dan Pn Ruqayyah. Disiplin Surgeri HDU dan Burn Unit diselia oleh Pn Syarahani dan Pn Rimei. Disiplin ICU & CCU diselia oleh Pn Siti Azima dan Pn Ruhani.

    Proses pembelajaran adalah latihan praktikal kepada para pelajar. 

DUA ORANG PELAJAR YANG TERLIBAT
ASMA IQLIMA BINTI ADAM DAN SITI KHALIDA BINTI ABDULLAH


LATIHAN INDUSTRI DIETETIK DALAM WAD II DAN LATIHAN DIETETIK UNIT KHAS II


  Pada 17 Februari 2013 sehingga  25 April 2013, UPD telah menerima sejumlah 9 orang pelajar untuk melakukan latihan IPD dan SU. Perjalanan latihan ini berjalanan selama 10 minggu ini bertujuan mendedahkan kepada para pelajar mengenai Industri Dietetik Dalam Wad  dan Dietetik Unit Khas, malahan mendekatkan para pelajar kepada suasana dan persekitan bekerja. 

 Antara pelajar yang terlibat ialah Latifah Ahmad, Nor Alifah Mokhtar, Loh Yu Ping, Radhirah Ismail, Kamaliah Yusoff, Bibi Nabihah Abdul Hakim, Siti Zubaidah Jaapar, Nor Adilah Idayu Mohd Sok dan Yong Lin Hsin. Mereka ini dibahagikan kepada empat kumpulan dan bergilir-gilir dalam menjalankan latihan.

PELAJAR YANG TERLIBAT
KAMALIAH DAN BIBI NABIHAH


 Antara latihan yang disediakan ialah Medikal dan Surgeri Am yang melibatkan fasilitator Cik Hajra dan Pn Nisah. Paediatrik dan O&G yang dikendalikan oleh Pn. Kamarul. Azmani dan Pn. Ruqayyah. Surgeri HDU dan Burn Unit dikendali pula oleh Pn Syarahani dan Pn Rimei dan yang terakhir iaitu ICU & CCU, Pn Siti Azima dan Pn Ruhani.

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Unit Pemakanan dan Dietetik pada tahun ini diraikan seperti tahun-tahun yang lepas. Semua staf dan pegawai tidak ketinggalan memeriahkan majlis.  Pada kali ini, majlis tersebut telah diadakan pada 5 Februari 2013, hari Selasa di ruang sajian Unit Pemakanan.

  Majlis bermula sekitar jam 12 tengah hari, pada waktu rehat. Majlis didahului dengan ucapan ringkas daripada Tn. Hj Zulkifli Awang, Timbalan Pengarah UPD. Beliau memberikan pengharapan yang tinggi terhadap perkembangan Unit Pemakanan dan kerjasama sepasukan yang tinggi.

MAJLIS MAULIDUR RASUL

 Kemudian, bagi memberkati majlis, bacaan selawat diadakan. Bacaan ini diketuai oleh beliau, Tn. Hj Zulkifli Awang, Timbalang Pengarah UPD sendiri. Bacaan selawat berlangsung kira-kira setengah jam sebelum majlis diteruskan lagi dengan agenda yang lain.

  Kesempatan ini diambil untuk mengumumkan mengenai tiga orang staf yang bakal menunaikan Umrah tidak lama lagi. Sumbangan diberikan dari Tabung Kebajikan UPD sebagai tanda peringatan dan doa selamat dibaca. Tiga orang staf yang bertuah itu ialah Tn Hj Zulkifli Awang, Pn Siti Azima Awang dan En Azhar Mustapha.

 Majlis selesai dengan makan tengah hari.
 
KHUSYUK MENDENGAR KATA-KATA ALUAN DARI KETUA UNIT



PEMBAHAGIAN CENDERAHATI